Twitter sediakan butang Downvote, fungsi sama seperti Dislike di YouTube

Digital
8 Feb 2022 • 12:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini Twitter hanya menyediakan butang Like sahaja untuk pembaca kongsikan rasa suka terhadap sesuatu Tweet, namun tiada pula butang untuk menunjukkan rasa tidak suka. Oleh itu, ciri yang baru diperkenalkan Twitter ini boleh bantu anda untuk memberitahu penulis, bahawa anda tidak suka dengan Tweet yang mereka kongsikan itu.

Twitter kini sedang menguji butang Downvote (tidak suka) kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Hal ini berikutan mereka telah menerima maklum balas positif daripada percubaan pertama yang dijalankan pada bulan Julai lalu. Ujian ini akan dikembangkan ke web, serta di iOS dan Android.

Butang ini tersedia pada Tweet di bahagian Reply, tiada untuk Tweet utama. Selain itu, jumlah tidak suka yang diterima oleh sesuatu Tweet tidak boleh dilihat oleh orang ramai, hanya pemilik Tweet sahaja boleh ketahuinya. Nampaknya, ia tampil hampir sama dengan YouTube yang menyembunyikan jumlah Dislike pada setiap video.

Saya kini temui butang Downvote apabila menggunakan Twitter di web. Dapat dilihat pada gambar di bawah, ada 5 jumlah butang kesemuanya untuk beri maklum balas pada sesebuah Tweet di bahagian Reply. Butang tersebut ialah, Reply, Retweet, Like, Downvote dan Share. Namun, saya masih belum jumpai butang ini pada aplikasi Twitter di Android dan iOS.

image is not available

Dengan adanya butang Downvote ini, bolehlah anda tekannya jika tidak bersetuju dengan Tweet yang dinyatakan. Namun, jika berubah fikiran, anda boleh tekan ia semula untuk batalkannya, sama seperti butang Like.

[Sumber: Phonearena]

Bacaan berkaitan

View Original Article