Bayi 15 Bulan Maut Tersangkut Buaian, Rupanya Taska Tak Berdaftar

24 Feb 2022 • 9:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, digempar dengan satu berita yang amat menyayat hati ramai terutamanya golongan ibu bapa, apabila bayi berumur 15 bulan disahkan meninggal dunia akibat tersangkut buaian di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska).

Maklumat terkini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan taska di mana kejadian berlaku pada Selasa lepas didapati tidak berdaftar.

Menurut Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi, taska berkenaan juga difahamkan tidak mengikut peraturan-peraturan keselamatan mengenai asuhan dan penjagaan kanak-kanak.

image is not available

Taska terbabit didapati pernah buat pra pendaftaran bagi taska dengan pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban di premis lain atas nama yang sama, namun permohonan tersebut tidak disokong kerana tiada kelulusan daripada salah satu agensi teknikal berkaitan keselamatan kanak-kanak.

Taska berkenaan telah ditutup pada 1 Oktober 2020 dan taska di alamat baru (tempat kejadian) sehingga kini tidak didaftarkan

Dalam pada itu, Rosnah juga berkata semakan terkini juga mendapati pada 13 Disember 2019, perakuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) taska itu telah tamat.

Rosnah turut berkata pihak JKM juga akan menyantuni keluarga mangsa dan sedia memberi perkhidmatan sokongan jika diperlukan.

image is not available 2 hari lalu

Kepala Tersangkut Di Kain Buaian, Bayi 15 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh