Remaja 15 Tahun Tikam Bayi Sejurus Bersalin

9 Feb 2022 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kemaman, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang cukup sifat itu cedera di dada kiri akibat tikaman dengan objek tajam.

Difahamkan, ketika kejadian tiada ahli keluarga di rumah dan suspek dikatakan meminta bantuan rakannya berhubung kelahiran itu.

image is not available

Rakannya kemudian menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan kelahiran berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

Petugas juga menemui kesan luka dipercayai tikaman di dada bayi terbabit dan membuat laporan polis.

image is not available

Pihak polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak.

Jelas Hanyan Ramlan, remaja itu adalah mangsa rogol dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Akan Lawan KJ! Dia Ingat Kita Takut, Ini Peluang Saya Tibai Dia" - Ustaz Abu Syafiq