Anda Sedang Jalani Kuarantin? Ini Tips Untuk Elak Kemurungan & Cepat Sembuh!

Health & Fitness
11 Feb 2022 • 6:17 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Hari ini (11 Februari 2022) -- akhirnya Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 20,00 kes atau lebih tepat 20,939 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

image is not available

Memandangkan sekarang ini virus Omicron sedang mengganas di seluruh dunia termasuk negara kita, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan mana-mana individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).

Sebaliknya individu tersebut seharusnya menganggap diri mereka positif Covid-19 walaupun tanpa pengesahan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

image is not available

"Jalani segera ujian Covid-19 sekiranya bergejala dan muat naik keputusan sama ada positif atau negatif ke MySejahtera.

"Individu positif Covid-19 kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan) serta tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)," ujarnya.

image is not available

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan pesakit ketika menjalani kuarantin. Ini bagi mengelakkan pesakit berasa bosan selain dapat meningkatkan imunisasi badan serta lebih cepat sembuh.

1. JANGAN LEWAT MAKAN

Makanan menjadi sumber tenaga tubuh dan sepanjang kuarantin sebaik-baiknya jaga pemakanan dan jangan lupa makan selain mengambil makanan sihat.

2. AKTIF BERGERAK

image is not available

Meskipun menjalani kuarantin di rumah, pesakit perlu tetap aktif. Mereka boleh melakukan gerakan ringan seperti berjalan-jalan di ruang tamu, menari atau pun melakukan senaman ringan.

3. BUAT PERKARA YANG DISUKAI

Bagi mengelakkan rasa bosan, ini masanya untuk anda melakukan perkara disukai seperti membaca buku, menonton filem, bermain alat muzik, mengaji al-Quran dan sebagainya.

image is not available

4. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Perkara paling penting adalah sentiasa berfikiran positif dalam usaha untuk pulih. Pada masa sama anda perlu tetap berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada melalui media sosial, panggilan telefon dan sebagainya. Ia membantu proses pemulihan.

image is not available

Sumber: Mstar