Khairuddin Digugur Jawatan Kali Kedua

Politics
11 Feb 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abdul Hadi ketika mengumumkan pengguguran Khairuddin bagi kali kedua kepada media hari ini.

MARANG - PAS menggugurkan jawatan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama, berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat.

“Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura Ulama dibuat jawatankuasa PAS Pusat, jadi PAS Pusat boleh membatalkan pelantikan itu.

“Dengan pengguguran itu, beliau kini adalah ahli biasa sahaja,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Jelas Abdul Hadi, keputusan itu dibuat kerana Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut melanggar disiplin parti.

Tindakan itu adalah kali kedua dikenakan PAS ke atas Khairuddin.

Pada Januari lalu, PAS menggugurkan Khairuddin sebagai ahli jawatankuasa pusat atas alasan sama.

Khairuddin dilihat antara pemimpin PAS yang cenderung kepada UMNO dan kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Namun, sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menafikan pemecatan Khairuddin kerana isu MN. - Getaran, 11 Februari 2022