Genting Skyworlds Akhirnya Dibuka!

7 Feb 2022 • 3:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Saat yang dinantikan telah tiba. Setelah ditangguh atas pelbagai faktor antaranya akibat pandemik Covid-19, Genting Skyworld bakal dibuka kepada pengunjung bermula esok 8 Februari 2022. Taman tema terbaru di Genting itu berkeluasan hampir 26 ekar dan bakal dipenuhi dengan 9 zon bertemakan filem dan pengembaraan dan dilengkapi 26 ride dan tarikan yang cukup mengujakan!

image is not available

Antara zon yang menarik adalah Eagle Mountain, di mana pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana menaiki roller coaster basikal pertama di dunia!

image is not available

Selain itu, Andromeda Base juga salah satu zon yang menarik di mana terdapat satu simulasi peperangan angkasa yang diberi nama Alpha Fighter Pilots! Nakkan sesuati yang membangkitkan adrenalin anda? Boleh cuba naik Terraform Tower Challenge!

image is not available

Kalau anda peminat filem Ice Age, terdapat satu zon khas untuk filem ini. Dipenuhi dengan pelbagai tarikan yang bertemakan Ice Age dan yang paling menarik adalah Roller Coaster yang diberi nama Acorn Adventure dan juga gelongsor yang dipanggil Sid's Rock 'N' Slide.

image is not available

Harga Tiket untuk dewasa adalah RM189 dan RM161 untuk kanak-kanak. Korang yang berminat boleh buat tempahan di website Genting SkyWorlds ataupun aplikasi telefon pintar.

Sempena pembukaan esok, terdapat 20% diskaun sehingga 31 Mac demi menarik lebih ramai pengunjung!