Nike Dan Amazon Dilaporkan Berminat Mendapatkan Peloton

TechnologyDigital
6 Feb 2022 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peloton merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kecergasan, dimana mereka menawarkan produk seperti sawat injak (treadmill) yang turut hadir dengan sejumlah kandungan untuk latihan dalam rumah.

Selepas meningkat populariti ketika musim PKP sebelum ini, kini Peloton dilihat menghadapi masalah dengan pengurangan permintaan serta masalah-masalah lain.

image is not available

Terbaru, Peloton dikatakan sedang mencari pembeli untuk syarikat mereka, dan antara nama yang disebut berminat untuk mendapatkannya adalah Amazon dan juga Nike.

Untuk Amazon, pengambil-alihan ini akan mengukuhkan penawaran mereka dalam arena kecergasan, sementara untuk Nike, ia membolehkan kedudukan mereka dalam arena tersebut terus kukuh dengan integrasi digital.

Sebelum ini, spekulasi turut mengatakan Apple mungkin turut mengambil-alih Peloton.

Buat masa ini, kedua-dua pihak, Amazon dan Nike tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan pengambil-alihan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved