Gegaran: Penghuni Hospital UiTM Puncak Alam kosongkan bangunan

25 Feb 2022 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA SELANGOR - Penghuni termasuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi kuat yang melanda Utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.39 pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sejurus tiba di hospital itu, bomba mendapati semua penghuni di hospital berkenaan telah keluar dari bangunan kecuali pesakit di wad kritikal dan bilik bedah.

"Hasil pemantauan awal mendapati bangunan dalam keadaan baik, bagaimanapun masih menunggu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pengesahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, pusat gegaran 6.1 skala Richter itu terletak 0.2 darjah utara dan 100 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km) di 76 km Barat Laut Payakumbuh, Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved