Kes Covid-19 meningkat, UiTM tangguh istiadat konvokesyen

17 Feb 2022 • 8:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 FEB: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen melibatkan 27,287 graduan UiTM Shah Alam; cawangan Sarawak dan Sabah itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 5/2022, semalam (16 Feb).

Istiadat konvokesyen tersebut dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini.

“Penangguhan ini juga berdasarkan perkembangan terkini peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Ia juga berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.

“Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa. Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini,” menurut kenyataan itu.

Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved