Wanita Dijumpai ‘Celaru’ Lepas 3 Tahun Hilang Dakwa Dah Kahwin Di Siam

21 Feb 2022 • 8:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Wanita berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang tiga tahun lalu ditemui dalam keadaan celaru di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas Kelantan.

Hasil maklumat dan risikan yang dibuat pihak polis, wanita terbabit berjaya dikesan tinggal bersama seorang lelaki dan wanita yang berusia di rumah itu.

Difahamkan, wanita itu tidak dapat dihubungi selepas bapanya menghantar ke stesen bas kononnya dia mendapat kerja di Putrajaya.

Bapanya pernah mencari mangsa di sebuah premis di Putrajaya namun dimaklumkan anak perempuannya itu tidak pernah datang sekali pun.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, wanita terbabit dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki berusia 60-an sebelum menghilangkan diri.

Polis menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa.

Dalam perkembangan terkini, wanita itu mengaku telah berkahwin dengan lelaki berusia 60-an itu di Thailand kira-kira 3 tahun lalu. Namun, dia gagal kemukakan bukti sijil nikah ketika diminta pihak polis.

Keadaan mangsa kini masih belum stabil kerana dia belum mampu menceritakan apa yang berlaku terhadapnya selama tempoh kehilangannya itu.

Pasangan suami isteri berkenaan menghilangkan diri dan kita sedang mengesan kedudukan mereka.

Mangsa juga mendakwa pernah tinggal di beberapa lokasi termasuk Kuala Krai dan Pasir Mas sebelum polis menjumpainya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.