
Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sekumpulan remaja yang berkumpul beramai-ramai dan mencetuskan pergaduhan pada tengah malam telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, dilihat sekumpulan remaja itu melakukan rusuhan sambil menjerit-jerit di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.
Malah, kawasan tersebut kelihatan sunyi dengan kedai-kedai yang sudah ditutup.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 1.9M tontonan, 137.2K tanda suka, dah 21.2K komen di laman TikTok.
Lebih mengecewakan, mereka juga dilihat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berkumpul dan tidak menjaga penjarakan sosial serta gagal memakai pelitup muka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan meneka punca kejadian terbabit.
“Ini aktiviti sukan tahunan sekolah, dengar tu sorakan penyokong rumah kuning,” tulis seorang netizen.
“Budak hipster vs budak raver,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Pijak Tanah Pun Tak Boleh" - Netizen Pertikai Isteri 'Teruja' Lawat Kubur Suami Dalam Tempoh 'Iddah'
The post (VIDEO) “Apa Benda Ni” – Geng Remaja Bergaduh Tengah Malam, Netizen Bengang Ganggu Penduduk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

