PICkids COVID-19: YB KJ sendiri sudah daftarkan anaknya untuk divaksin, anda bila lagi?

Family & Parenting
4 Feb 2022 • 8:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Malaysia sudah memulakan program, PICKids, pemvaksinan menentang COVID-19 ke atas kanak-kanak 5 hingga 12 tahun. Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sendiri mengumumkan yang beliau sudah mendaftarkan anaknya untuk menjadi penerima vaksin dan menyarankan para ibu bapa untuk lakukan yang sama.

image is not available

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang PICKids

PICKids meliputi kanak-kanak yang umurnya 5 hingga 11 tahun

Dalam majlis pelancaran PICKids, YB KJ memberitahu yang KKM telah meletakkan sasaran untuk memberikan sekurang-kurangya 1 dos kepada 70% kanak-kanak di sekolah dalam tempoh 2 bulan ini dan 50% kanak-kanak di Malaysia.

Jarak antara dos pertama dan kedua adalah lebih panjang berbanding orang dewasa (8 minggu vs. 3 minggu).

Vaksin Pfizer yang diberikan di bawah PICKids adalah jenis khas

Vaksin keluaran Pfizer akan digunakan untuk mengimunisasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dan ia adalah formulasi khas untuk kanak-kanak.

image is not available

Kepekatan vaksin Pfizer PICKids kira-kira 70% lebih rendah berbanding versi orang dewasa. Di dalam satu bebuli, sebanayak 10 mikrogram kepekatan mRNA boleh ditemui jika dibandingkan 30 mikrogram dalam versi orang dewasa. Kemudian, isipadu suntikan juga lebih rendah iaitu pada 0.2 mL berbanding 0.3mL versi orang dewasa.

Sesi pemvaksinan PICKids boleh dipilih ibu bapa

Mengetahui akan kekangan masa ibu bapa untuk membawa anak-anak divaksin, KKM membenarkan sesi dan lokasi pemvaksinan dipilih oleh ibu bapa. Sebanyak 39 PPV PICKids yang telah/akan dibuka di Lembah Klang sehingga 7 Februrari 2022.

Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka boleh lakukannya menerusi APP MySejahtera. Pertama sekali, anda perlu memasukkan anak dibawah tanggungan menerusi fungsi “Add Vaccination Dependent“.

Apabila berjaya, anda boleh terus menempah sesi pemvaksinan untuk tanggungan tersebut.

Sumber: KKM, 2, 3

Bacaan berkaitan