Google Dilihat Menyekat Beberapa Ciri Google Maps Di Ukraine Untuk Keselamatan Rakyat

TechnologyDigital
28 Feb 2022 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selain daripada tujuan untuk mengemudi kenderaan ke lokasi-lokasi yang mungkin tidak dikenali, Google Maps juga secara lazimnya hadir dengan fungsi seperti kemaskini trafik terkini dan juga mengetahui lokasi-lokasi manakah yang sering dilawati oleh orang ramai.

image is not available

Terkini, Google melaporkan bahawa mereka telah menyekat fungsi-fungsi trafik dan juga penjejakan pengguna tersebut untuk memastikan bahawa tentera Rusia tidak menggunakan Google Maps untuk melihat lokasi-lokasi manakah yang dipenuhi pengguna jalan raya ataupun mereka yang sedang berselindung daripada peperangan yang sedang berlaku.

Walaupun begitu, fungsi seperti GPS dan navigasi jalanan masih lagi boleh digunakan oleh mereka yang sedang cuba untuk melarikan diri daripada lokasi-lokasi peperangan.

Sumber: Reuters

View Original Article