
SHAH ALAM, 15 FEB: Gejala berterusan sehingga 12 minggu atau lebih mungkin dihadapi individu dijangkiti Covid-19 selepas sembuh.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan keadaan itu berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid -19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh.
Jelasnya gejala ‘long covid’ ini menjejaskan kualiti hidup bekas pesakit Covid-19 dan ianya boleh dihadapi oleh mereka yang bergejala ringan mahupun tahap serius.
KKM juga menyatakan pengambilan vaksin, pengudaraan yang baik serta pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) mampu mengurangkan risiko jangkitan.
Semalam, kes baharu Covid-19 dalam negara sebanyak 21,315 dengan 99.59 peratus atau 21,228 daripada jumlah itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 87 kes lagi atau 0.41 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima.
Sejumlah 13,373,479 populasi dewasa dalam negara menerima dos penggalak setakat semalam manakala 206,748 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama.

The post Pesakit Covid-19 mungkin boleh alami gejala berterusan sehingga 12 minggu appeared first on Selangorkini.

![[VIDEO] Omicron tidak sebabkan hilang deria bau: Pakar](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)