Sebelum masuk sekolah, ibu bapa pastikan rambut anak digunting mengikut panduan

16 Feb 2022 • 12:11 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Ibu bapa perlu menitikberatkan penampilan anak-anak selaras dengan peraturan sekolah seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Merujuk Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 tahun 1976, KPM menyeru murid-murid supaya mengikuti arahan penyimpanan rambut murid yang betul ketika berada di sekolah.

image is not available
Pekeliling ini tercatat dalam buku disiplin sekolah.

Panduan tersebut juga terdapat dalam buku disiplin sekolah-sekolah di Malaysia.

Buku ini biasanya dijual oleh pihak koperasi dan setiap murid perlu memilikinya.

Baca juga:

Justeru, Sinar Bestari ingin berkongsi maklumat dengan anda berkenaan garis panduan fesyen rambut murid yang dibenarkan di sekolah.

Fesyen rambut murid lelaki

Setiap murid lelaki tidak boleh berambut panjang merujuk kepada empat istilah.

Pertama, rambut di bahagian belakang tidak boleh jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.

image is not available
Rambut di bahagian belakang.

Kedua, rambut di bahagian depan tidak boleh menutupi garisan tengah dahi.

Ketiga, rambut di bahagian sisi tidak boleh menutupi kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya. ‘Sideburn’ juga tidak boleh melebihi garisan tengah hidung.

image is not available
Rambut ‘sideburn’ murid lelaki.

Keempat, di bahagian atas rambut juga tidak boleh panjang melebihi enam inci.

Semua murid lelaki mestilah berambut pendek dan kemas kecuali mereka yang beragama Sikh. Murid tersebut dibenarkan berambut panjang dan wajib memakai serban.

Selain itu, murid lelaki juga tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau kedua-duanya sekali.

Fesyen rambut murid perempuan

Bagi murid perempuan pula, rambut mereka tidak boleh mencecah ke paras bahu tetapi kalau ada murid perempuan berambut panjang dan enggan memotong pendek.

Mereka dinasihatkan untuk mengikat rambut masing-masing dengan ikatan yang dibenarkan seperti ‘ponytail’ atau tocang supaya rambut tidak jatuh ke bahu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sinar Bestari berharap garis panduan tersebut boleh membentuk murid agar menjadi individu yang sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Sumber: Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang