Pekerja binaan halang tugas polis dipenjara, didenda

17 Feb 2022 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki, yang bertindak berani melompat keluar dari sebuah kereta bersama isterinya, untuk melarikan diri daripada polis di pusat bandaraya, dan direkodkan oleh pengguna jalan serta menjadi tular di media sosial pada bulan lepas, dipenjara tiga hari dan didenda RM2,000 atau penjara sebulan kerana menghalang polis daripada melaksanakan tugas mereka.

Pekerja pembinaan Mahathir Peer Muhamad, 24, mengubah pengakuannya kepada bersalah terhadap tuduhannya di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Tiong Wen Wen, yang duduk sebagai majistret semasa pengurusan kesnya, Rabu.

Mahathir mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Sarjuin Sirin dan Jeckson Michael pada pukul 10.15 pagi 11 Januari di hadapan pasar kraftangan, Jalan Tun Fuad Stephens.

Mahathir dan isterinya wife, Liza Nasir pada 18 Januari, meminta dibicarakan secara berasingan kepada tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes Liza ditetapkan untuk sebutan pada 22 Februari.

Tiong memerintah supaya Mahathir, yang berada di bawah ikat jamin mahkamah, menjalani hukuman penjara itu dari Rabu.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik, memberitahu mahkamah bahawa sebelum kejadian itu, polis dimaklumkan mengenai pertengkaran antara satu pasangan di Tanjung Aru pada kira-kira pukul 10.15 pagi hari yang sama dan apabila polis tiba, mereka menghentikan kereta terbabit dan menemui lima orang di dalamnya, termasuk seorang wanita.

Kesemua individu itu diminta keluar dari kereta tersebut, kata Kelvan, menambah pasangan itu kemudiannya menyerahkan dokumen pengenalan mereka kepada polis untuk diperiksa.

Dua daripada tiga lelaki lain bersama mereka memberitahu polis mereka tidak membawa dokumen mereka, sementara pemandunya mendakwa MyKad-nya berada di tempat duduk pemandu dan pergi untuk mengambilnya, mahkamah diberitahu.

Semasa polis sibuk membuat pemeriksaan, wanita itu pergi ke kereta itu dan duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Tiba-tiba pemandu itu menghidupkan enjin kereta dan mula bergerak dari situ tetapi salah seorang lelaki yang berada di luar, cepat-cepat masuk ke dalam kereta sebelum ia dipecut pergi, kata Kelvan.

Kejar-mengejar kemudian menyusuli, dengan polis mengekori kereta itu sehingga Jalan Tun Fuad Stephens yang sibuk di pusat bandaraya dan polis berjaya menghentikan kereta itu di kawasan pasar Sinsuran. Bagaimanapun, pemandu cuba mengundurkan kereta itu secara berbahaya, dan hampir melanggar polis, menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar-tayar kereta itu untuk menghalangnya.

Kereta itu akhirnya terhenti di Lorong Dua Puluh, berdekatan Hotel Le Meridien di mana individu-individu di dalamnya meninggalkan kereta tersebut dan melarikan diri ke arah Sinsuran, kata Kelvan.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Mahathir, meminta hukuman ringan atas sebab dia sudah berkahwin dengan dua anak dan merupakan penanggung tunggal keluarganya. Kelvan memohon hukuman setimpal.

Di mahkamah sama, seorang lelaki berumur 26 tahun didakwa memiliki peralatan pecah rumah.

Ahadi Salleh didakwa memiliki alat-alat termasuk empat gulung wayar dan dua unit pemotong wayar pada pukul 3.50 pagi 12 Februari di hadapan Bangunan MAA, Api-Api Centre, Jalan Coastal.

Tuduhan di bawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil itu memperuntukkan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Ahadi seleps tuduhan dibacakan kepadanya melalui Zoom.

Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk pengakuan Ahadi direkodkan di mahkamah terbuka dan melepaskannya dengan ikat jamin RM1,200 berserta dua penjamin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.