Sukarelawan MESCA KPM bantu lima sekolah terjejas banjir

14 Feb 2022 • 4:56 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Pasukan Sukarelawan Biro Sosial dan Kebajikan Persatuan Sukan dan Kebudayaan (MESCA), Kementerian Pendidikan (KPM) tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan tenaga untuk membantu sekolah yang terjejas banjir, baru-baru ini.

Pasukan yang ditubuhkan pada 1 Januari 2022 itu merealisasikan misi bantuan banjir di lima buah sekolah yang terjejas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, Selangor; SMK Bentong, Pahang; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Paya dan SK Pogoh, Johor serta SMK Clifford, Pahang.

Pengerusi Pasukan Sukarelawan MESCA KPM, Shafruddin Ali Hussin berkata, antara aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut adalah membersihkan kawasan pertanian, mencuci bilik darjah, bilik-bilik khas dan persekitaran kawasan sekolah.

image is not available
Aktiviti pembersihan bilik darjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di SMK Bentong, Pahang.

“Selain daripada bantuan tenaga, pasukan sukarelawan juga turut menyumbangkan peralatan seperti mesin pencetak dan bahan bacaan untuk dimanfaatkan oleh warga sekolah.

“Seramai 133 ahli telah mengambil bahagian dalam misi kali ini membabitkan kakitangan Jemaah Nazir, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Institut Aminuddin Baki (IAB), Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) serta Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas),” katanya.

Misi bantuan di SK Pogoh dan SK Kuala Paya turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved