“Aku Gagal Sebab Kau!” – Tak Dapat Jawab Masa ‘Listening Test’ Punca Sebuah Resort Diserang Calon SPM

22 Feb 2022 • 9:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular semalam di media sosial tentang tindakan segelintir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ‘serang’ halaman Google sebuah pusat peranginan di Pahang kerana keliru ketika membuat ujian pendengaran.

Pelajar-pelajar terbabit mengambil tindakan seperti itu gara-gara tidak berpuas hati dengan soalan yang diterima ketika menduduki ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Menerusi satu hantaran di Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna ini, difahamkan soalan tersebut menyebut pusat peranginan bernama Salang Sayang Resort.

Ekoran itu, calon mendakwa speaker yang ditugaskan ketika itu tidak menyebut perkataan tersebut dengan jelas sehinggakan mereka tidak dapat menjawab soalan terbabit.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa berang dengan tindakan sesetengah calon SPM yang mengambil tindakan tersebut tanpa berfikir sehinggakan rating pusat peranginan terbabit jatuh.

 

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Masih Tak Tinggal Solat Wajib & Sunat.." - Bekas Isteri Da'i Farhan Dah 'Freehair'?

View Original Article