Khairy Minta KKM Batal Kompaun Terhadap Wartawan

LocalPolitics
27 Feb 2022 • 8:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta pegawai kementeriannya membatalkan kompaun  terhadap seorang wartawan yang membuat liputan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, pengamal media itu, Wan Kian Yong tidak wajar dikenakan kompaun memandangkan dia sedang menjalankan tugas.

Menurut Khairy, sekiranya pengamal media gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan ketika bertugas, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) boleh menggunakan budi bicara, termasuk memberi amaran.

“Wartawan yang buat kerja tidak perlu dikompaun. Saya sudah minta pegawai saya batalkan kompaun tersebut,” katanya menerusi sidang media secara langsung di Facebook hari ini.

Semalam, Kian Yong menerima kompaun bernilai RM1,000 selepas dikatakan gagal mematuhi SOP walaupun mendakwa dirinya sedang bertugas.

Manakala, pegawai KKM itu turut memberi amaran terakhir secara lisan kepada wartawan MalaysiaGazette, Khairulanuar Yahaya atas kesalahan sama. - Getaran, 27 Februari 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved