5 Tips Mudah untuk Tidur yang Lena

Health & Fitness
17 Feb 2022 • 10:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Tidur yang lena adalah kunci penting kepada kestabilan dan kesihatan seseorang. Tanpa kualiti tidur yang bagus, gerak kerja seseorang mungkin akan terganggu mahupun terjejas.

Walaupun begitu, tidak semua mampu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor penghalang yang kebiasaannya selalu diambil enteng oleh sebilangan besar individu-individu di Malaysia khususnya golongan belia remaja.

Jika anda prihatin dengan tahap kesejahteraan serta kesihatan anda, ini lima tips mudah untuk mendapatkan tidur yang lena.

1. Optimumkan Persekitaran Bilik Tidur

Antara salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur adalah suasana persekitaran bilik tidur itu sendiri. Tidur yang nyenyak memerlukan keadaan ruang tidur yang konduksif.

Persekitaran bilik tidur yang baik dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya seperti bacaan suhu, gangguan bunyi luaran, peratusan cahaya dan juga susunan perabot (Sumber).

Malah menurut satu kajian, lebih 50% responden mendapat kualiti tidur yang lebih baik apabila gangguan bunyi dan cahaya berjaya dikurangkan (Sumber).

2. Gunakan Katil, Tilam, dan Bantal yang Selesa

Selain suasana dan persekitaran bilik tidur yang bagus, peralatan untuk tidur seperti katil, tilam, dan bantal yang selesa juga sangat penting untuk mendapatkan kualiti tidur yang terbaik.

Berdasarkan satu kajian, sekumpulan penyelidik telah merumuskan bahawa sistem peralatan tempat tidur mampu untuk meningkatkan kualiti tidur serta mengurangkan ketidakselesaan ataupun sakit belakang (Sumber).

Janganlah terlalu kedekut untuk berbelanja untuk membeli set peralatan bilik tidur yang terbaik. Berbelanjalah dengan berhemah dan anggap sahajalah ianya sebagai long term investment untuk kesihatan yang lebih baik!

3. Kurangkan Waktu Tidur Siang

Meskipun tidur siang yang singkat sekitar 10-30 minit dipercayai boleh dijadikan sebagai performance booster yang bagus, tetapi tidur siang yang lama adalah amat tidak digalakkan sama sekali kerana ianya bisa menjejaskan kesihatan serta kualiti tidur seseorang (Sumber).

Andaikata anda sering mengalami masalah kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba kurangkan atau hentikan tabiat tidur pada waktu siang hari. Jangan putus asa jika tidak berjaya pada awalan, teruskan istiqomah dan berusaha hingga berjaya.

4. Jangan Minum Kopi pada Waktu Malam

Seperti mana yang kita ketahui, minuman kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Kafein bagus untuk meningkatkan fokus dan tenaga tetapi jika diambil pada waktu malam, ianya mungkin boleh menghalang anda untuk mendapatkan tidur yang lena.

Menurut satu sumber, kafein boleh terus kekal di dalam darah selama 6 hingga 8 jam dan jika anda minum kopi yang banyak 3-6 jam sebelum waktu tidur, potensi untuk anda mengalami masalah gangguan tidur adalah lebih tinggi (Sumber).

5. Ambil Melatonin sebagai Suplemen Tambahan

Terkenal sebagai salah satu suplemen yang sering digunakan untuk penyakit insomnia, melatonin juga mungkin boleh dijadikan dianggap sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tidur yang lena (Sumber).

Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen melatonin. Berbincanglah dengan doktor anda dan yakinlah pasti ada jalan penyelesaian terbaik untuk sesuatu permasalahan.


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.