Poco M4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
28 Feb 2022 • 8:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Poco M4 Pro adalah model yang berada di bawah Poco X4 Pro daripada segi harierki. Model ini tidak menyokong rangkaian 5G. Sekiranya anda masih inginkan telefon 5G pada harga mampu milik, Poco M4 Pro 5G sudahpun dilancarkan tahun lepas.

Harga Poco M4 Pro di Malaysia

Di negara kita, Poco M4 Pro boleh didapati secara ekslusif di Lazada pada harga seperti berikut:

image is not available

Seperti saudaranya Poco X4 Pro 5G, telefon ini turut ditawarkan pada harga promo di hari pertama jualannya iaitu pada 3 Mac 2022. Anda boleh dapatkan kedua-dua varian ini masing-masing pada harga RM700 dan RM949.

Spesifikasi Poco M4 Pro

Poco menawarkan model ini untuk pengguna kasual yang tak mahu berbelanja besar untuk sebuah telefon.

image is not available

Bermula dengan papan utama, Poco M4 Pro diperkasa cip Mediatek Helio G96, cip yang sama dengan Redmi Note 11S. Bersama-sama cip tersebut, anda terima RAM sekurang-kurangnya 6GB dan storan sekurang-kurangnya 128GB. Storan tersebut boleh diperluas jika perlu.

image is not available

Spesifikasinya cukup untuk membawa anda menempuhi aktiviti seharian anda tanpa perlu risau tentang hayat bateri. Telefon ini dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan blok pengecas 33W. Poco memaklumkan yang mengecas penuh telefon ini akan mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja.

image is not available

Berpindah ke bahagian muka telefon, anda melayani kandungan multimedia melalui panel AMOLED FHD+ sebesar 6.43". Kadar segar semula panel ini boleh emncapai 90Hz dan ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Paparannya berlubang di bahagian dahi untuk merumahkan kamera selfie 16MP.

image is not available

Bahagian belakang telefon ini ada 3 kamera dengan kamera 64MP menerajui sebagai kamera utama. Kemudian ia ada kamera ultralebar 8MP dan akhir sekali kamera 2MP untuk kamera makro. Seperti Poco X4 Pro 5G, M4 Pro turut hadir dengan speaker stereo, IR blaster, jek audio 3.5mm dan NFC untuk kegunaan anda.