MUIP cadang bantu JAIP tambah pusat pelupusan al-Quran

12 Feb 2022 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bercadang menyediakan peruntukan khas kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi membina lebih banyak pusat pelupusan al-Quran rosak di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, cadangan itu bagi membantu melancarkan proses pelupusan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat-ayat suci itu.

Menurutnya, ketika ini JAIP hanya mempunyai satu pusat pelupusan di Pekan yang sudah berusia tujuh tahun dan hanya mampu melupuskan kira-kira 100 kilogram bahan itu sehari.

"Sekiranya perlu, JAIP terpaksa menggunakan pusat pelupusan swasta di Kampung Temin, Jerantut dengan kadar bayaran ditetapkan mengikut berat bahan berkenaan," katanya selepas meninjau pusat pelupusan milik JAIP di Pekan pada Khamis.

Sementara itu katanya, MUIP memperuntukkan bantuan RM65,000 bagi proses melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat banjir akhir tahun lalu.

Menurutnya, bantuan itu bagi melancarkan proses pelupusan kira-kira 30 tan bahan itu dari enam daerah yang terjejas banjir.

"Bantuan berkenaan diberikan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Bentong, Temerloh, Kuantan, Lipis, Raub dan Rompin.

"Bantuan itu bagi meringankan beban JAIP yang terpaksa menanggung perbelanjaan mengumpul seterusnya proses melupuskan bahan berkenaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved