Samsung Galaxy S22 Ultra Disenaraikan Di Lazada Pada Harga Mencapai RM6399 Untuk 1TB

TechnologyDigital
8 Feb 2022 • 8:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy S22 dijadualkan pengenalan pada 9 Februari secara rasminya, dan hari ini melalui laman Lazada, Galaxy S22 Ultra 5G telah pun disenaraikan oleh salah satu kedai pengedar rasmi Samsung.

image is not available

Melalui penyenaraian Galaxy S22 Ultra 5G, sebanyak empat varian disediakan, iaitu 12GB + 128GB pada harga RM4999, 12GB + 256GB pada harga RM5299, 16GB + 512GB pada harga RM5899 dan model dengan storan paling tinggi adalah 16GB + 1TB pada harga RM6399.

image is not available

Galaxy S22 Ultra dilihat hadir dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, kamera utama 108-megapixel, kamera swafoto 40-megapixel, bateri 5000mAh, dan dilengkapi sokongan kalis air IP68.

Seperti biasa, ini adalah penyenaraian awal di Lazada Malaysia. Tidak Mustahil kita melihat harganya sedikit berbeza ketika pelancaran kelak.

Apa pun, apa pendapat anda berkenaan dengan penawaran Samsung terbaru, dan harga jualannya di Malaysia.

(Terima kasih Quincy untuk tips.)