Huawei Mempatenkan Sistem Kamera Yang Boleh Menganalisa Kesihatan Kulit Wajah

TechnologyDigital
15 Feb 2022 • 8:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada Huawei P50 Pocket, sistem yang menganalisa kulit yang terdedah kepada cahaya untra ungu disertakan. Ia adalah gimik yang unik kerana tidak ditawarkan pada peranti di pasaran Malaysia. Ciri ini mungkin langkah pertama Huawei untuk memperkenalkan sistem penjejakan kesihatan pada telefon pintar dengan menganalisa wajah pengguna.

image is not available

Paten kepada sistem imbasan wajah secara 3D untuk melihat tahap kesihatan kulit telah difailkan oleh Huawei ke WIPO pada pertengahan tahun lalu dan ditemukan oleh LetsGoDigital. Sistem terdiri daripada tri kamera yang disusun pada parameter bonggol gegelung bulat. Di tengah-tengah terdapat skrin sekunder yang bersaiz agak besar.

image is not available

Sistem boleh mengesan kedut, bintik hitam, jerawat, saiz pori kulit, warna kawasan sekitar mata dan banyak lagi sebelum melakukan analisa. Pengguna kemudian diberikan markah kesihatan kulit dengan saranan yang boleh dilakukan bagi menjaga tahap kesihatan. Walaupun paten telah dianugerahkan kepada Huawei, ia tidak bermakna ciri ini unik ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat.