Pengambilan dos penggalak rendah di Kerian, Larut, Matang, Selama

LocalPolitics
8 Feb 2022 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama antara kawasan mencatatkan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 yang rendah, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin.

Beliau berkata, setakat hari ini, kira-kira 42.9 peratus sahaja daripada 1.8 juta rakyat di negeri ini yang lengkap vaksinasi telah mengambil suntikan dos penggalak tersebut bagaimanapun, pihaknya menjangkakan ia akan meningkat mencecah 50 peratus sebelum ketibaan Aidilfitri.

"Peratusan rendah bagi pengambilan dos penggalak ini berlaku di seluruh negara bukan di Perak sahaja. Di sini bukan kerana masalah bekalan, tetapi pelbagai faktor antaranya pengaruh media sosial dan perkongsian maklumat yang tidak tepat.

"Dahulu, ada pihak marah kenapa bekalan vaksin lambat, kini bekalan dos penggalak banyak dan seharusnya yang belum ambil dos itu boleh ‘walk-in’ sahaja ke mana-mana klinik kerajaan atau swasta mengikut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu menghadiri program ‘Hari Bertemu Pelanggan’ di sini pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Exco-Exco kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya meminta orang ramai untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 buat mereka yang masih belum menerimanya memandangkan negara sedang dihimpit gelombang varian Omicron.

Mohd Akmal berkata, orang ramai perlu memberi sokongan kepada penggambilan dos penggalak demi kepentingan kesihatan mereka sendiri sekali gus memberikan perlindungan daripada gejala serius seperti Omicron yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau unit rawatan rapi (ICU). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved