(VIDEO) “Dia Ikut Cara Mr.Bean” – Lelaki Selamba Langgar Lampu Merah Depan Polis Buat Netizen Terhibur

14 Feb 2022 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video dirakam oleh pengguna jalan raya yang memaparkan seorang penunggang motosikal selamba melanggar lampu merah dengan tenang di hadapan polis yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat memperlahankan dan memberhentikan motosikalnya bersebelahan polis tersebut lalu turun daripada motosikal dan menolaknya ke simpang kiri jalan.

Malah, polis tersebut juga dilihat membiarkan sahaja penunggang motosikal tersebut berlalu pergi walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan lampu berwarna merah di lorong jalan mereka.

Sehingga kini, video yang dipercayai berlaku di negara China itu telah meraih 539.9K tontonan dan 36.1K tanda suka di laman Twitter.

Meninjau diruangan balas, rata-rata netizen turut ‘geli hati’ melihat gelagat penunggang motosikal tersebut yang disamakan dengan taktik ‘Mr. Bean’.

“Hahahahha sebelah polis dia buat macam tu,” tulis seroang netizen.

“Ini level bijak Mr.bean ni,” tulis seorang warganet.

“Penuh dengan cara kesopanan dan kesusilaan,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

image is not available 22 jam lalu

Guna Air Paip Pada Kit Ujian Kendiri Boleh Positif? Ini Jawapan Doktor