'Berhenti baca konspirasi sampah, dapatkan dos penggalak'

20 Feb 2022 • 6:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan sebarang konspirasi sampah mengenai dos penggalak dalam media sosial.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik graf yang menunjukkan bahawa kadar kematian lebih tinggi berlaku dalam kalangan yang belum mengambil vaksin berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi dan dos penggalak.

Menurutnya, graf itu menunjukkan keberkesanan dos penggalak dalam menghadapi gelombang Omicron

“Booster (dos penggalak) memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.

“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Beliau turut meminta agar orang ramai melindungi diri dengan mendapatkan dos penggalak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved