Kehangatan PRN Johor Mula Terasa, Petugas Jentera Rancak Pasang Bendera

Politics
26 Feb 2022 • 8:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bendera Barisan Nasional (BN) dipacak bersebelahan bendera Pakatan Harapan (PH) di sekitar kawasan DUN Johor Jaya. - Gambar Alif Omar

Kemeriahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah bermula sebaik sahaja proses penamaan calon berakhir pagi tadi.

Seperti biasa, calon-calon sudah mula berkempen, namun pada masa sama, petugas jentera parti juga tidak ketinggalan sibuknya.

Mereka merupakan antara kumpulan sokongan yang penting setiap kali pilihan raya diadakan.

Petugas jentera parti inilah yang memainkan peranan merancakkan dan memanaskan PRN dengan tugas memasang bendera serta sepanduk parti yang bertanding.

Jurufoto Getaran, Alif Omar membuat tinjauan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, hari ini dan merakamkan aksi petugas jentera ini memasang bendera, di lokasi strategik.

image is not available
Dua petugas parti BN memacak bendera di kawasan DUN Johor Jaya.

image is not available
Petugas jentera BN mula memasang bendera di beberapa kawasan strategik sempena PRN Johor.

image is not available
Seorang pemandu lori yang juga petugas jentera BN membawa bendera untuk dipacak di sekitar kawasan DUN Johor Jaya.

image is not available
Seorang petugas parti BN mengusung bendera untuk dipacak di beberapa kawasan di DUN Johor Jaya.