Pengeluar Steam Deck alu-alukan aksesori pihak ketiga dihasilkan tanpa perlu lesen, tak seperti PS5

Gaming
14 Feb 2022 • 10:31 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Steam Deck, konsol permainan tangan yang boleh dikatakan antara paling berkuasa dalam pasaran setakat ini akan mula dijual 25 Februari 2022 ini. Tempahan sudahpun dimulakan seawal tahun lepas lagi. Menjelang tarikh pelancaran itu, ada satu berita baik buat kaki modder ataupun pengeluar aksesori.

image is not available

Pihak Valve telah menerbitkan skematik badan Steam Deck dalam fail CAD dan dilesenkan di bawah Creative Commons. Hal ini bermakna, sesiapa saja boleh memanipulasi fail tersebut untuk menghasilkan casing Steam Deck mengikut imaginasi masing-masing.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan fail CAD di laman GitHub.

Perkara ini pastinya akan membanteras aksesori Steam Deck yang tidak padan dengan yang asal kerana melalui skematik yang dikongsikan, pengeluar beroleh semua ukuran dan dimensi daripada pengeluar sendiri. Makanya, tak perlu lagi proses mengukur dilakukan.

Ia sangat bertentangan dengan Sony sewaktu pelancaran PlayStation 5. Anda tahulah yang PS5 hanya hadir dalam warna putih sahaja dan ada beberapa pengeluar pihak ketiga mula mengeluarkan papan pemuka berwarna warni untuk PS5 sebelum terpaksa dihentikan dek khuatir dikenakan tindakan perundangan.

image is not available

Sebenarnya Sony mahu melancarkan papan pemuka berwarna mereka sendiri dan produk itu diumumkan dalam bulan Disember 2021 lalu.

Steam Deck diumumkan dalam bulan Julai 2021 lalu pada harga seperti berikut:

  • USD399 (RM1,676) 64GB eMMC
  • USD529 (RM2,222) 256GB NVMe
  • USD649 (RM2,726) 512GB NVMe

Bacaan berkaitan