“Rakam Kematian Dengan Niat Bersuka-Suka Di Media Sosial Adalah Haram” – Mufti Pulau Pinang

18 Feb 2022 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini tular di media sosial, tindakan tiga beradik ini yang dipercayai membuat rakaman video di sebelah jenazah bapa mereka telah mendapat kecaman dari orang ramai.

Mengulas berhubung video tersebut, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memaklumkan perbuatan merakam video detik-detik penghujung hayat seseorang dengan niat untuk bersuka-suka atau berjenaka adalah haram hukumnya.

Menurut laporan Kosmo, Datuk Seri Dr. Wan Salim berkata tindakan sebegitu sekiranya dilakukan merupakan perbuatan tercela, tidak sensitif dan amat tidak beretika.

image is not available

Kematian tidak wajar dijadikan bahan jenaka atau gurauan.

Jelas Wan Salim, kematian adalah suatu kejadian yang amat serius di mana seorang yang dalam keadaan nazak sedang menghadapi detik-detik penentuan bagi nasib dirinya selepas itu di alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan.

Mereka perlu membisikkan kalimah syahadah di telinganya supaya hayatnya diakhiri dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah).

image is not available

Tambahnya lagi, sepatutnya ahli keluarga seseorang yang sedang berada dalam situasi sebegini membantu menenangkan hati mereka yang sedang nazak sebagaimana diajar oleh Rasulullah.

Ahli keluarga dan mereka yang hadir di sisi seorang yang nazak disarankan membaca surah-surah tertentu seperti surah Yasin bagi memudahkan rohnya keluar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

Demi 'Content', 3 Beradik Buat Video Trend TikTok Sebelah Jenazah Bapa