Ujian Bertutur, Mendengar dan Amali Sains SPM 2021 bermula hari ini

Politics
8 Feb 2022 • 11:27 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

KUALA LUMPUR – Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mula melaksanakan Ujian Bertutur, Mendengar dan Amali Sains pada hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Lembaga Peperiksaan (LP) semalam, tarikh lain bagi ujian-ujian tersebut adalah seperti yang berikut:

image is not available

“Terdapat sebanyak 3,382 pusat peperiksaan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan di seluruh negara.

“Seramai 50,514 petugas peperiksaan pula telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan pada tahun ini,” katanya.

LP turut mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod, kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Mengulas lanjut perkara ini, KPM juga mengingatkan supaya calon membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun menerusi portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my