“Ada Fakta Tak Betul” – Ali Puteh Akan Buat Rayuan Mahkamah Batalkan Kemenangan Nor Hidayah

Politics
18 Feb 2022 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru saja ingin menghembuskan nafas lega kerana sudah mendapat kemenangan setelah dua tahun ‘bergelut’, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah terpaksa kembali semula ke mahkamah.

Menurut laporan dari mStar, adik iparnya iaitu Ali Puteh cadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat pagi tadi yang memenangkan pihak Nor Hidayah.

image is not available

Sumber : mStar  

Kata Ali Puteh, wujudnya beberapa fakta yang tidak betul semasa perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu, namun tidak boleh beritahu kerana bimbang akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, apabila ditanya oleh pihak mStar tentang keberaniannya untuk mencabar keputusan berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi, beliau berkata hanya sekadar mahu gunakan saluran perundangan yang ada.

Ditanya juga sama ada sudah bersedia untuk dikecam oleh netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah ini, Ali tidak risaukan hal itu kerana sudah jangka akan terjadi.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan memenangkan Nor Hidayah serta meminta Ali Puteh untuk membayar sebanyak RM60,000 sebagai ganti rugi.

image is not available 1 hari lalu

2 Tahun 'Bergelut', Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K