Red Magic 7 Dan 7 Pro Kini Rasmi – Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 8 Gen 1, Pengecasan Pantas 135W

TechnologyDigital
17 Feb 2022 • 8:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang dijanjikan, siri Red Magic 7 akhirnya diumumkan secara rasmi di China. Ianya terdiri dengan dua model berbeza iaitu RedMagic 7 dan RedMagic 7 Pro. Kedua-dua peranti juga membawakan perbezaan yang ketara untuk aspek rekaan luaran. Di samping, peningkatan cukup menarik untuk penggunaan peranti lebih baik.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Red Magic 7 dilengkapi skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.8-inci dengan kadar segar semula 165Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8 bersama sokongan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Seterusnya, ia juga dilengkapi antaramuka RedMagic OS 5.0 berasaskan Android 12 terus daripada kotak. Di samping, bateri sebesar 4,500nmAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

image is not available

Melengkapinya juga adalah sistem penyejukan pelbagai dimensi dikenali sebagai ICE 8.0 – yang turut sama menampilkan kipas 20,000 RPM dengan lampu RGB. Tidak ketinggalan, ia turut menempatkan bahan pelepasan haba seakan plat penyejukan cecair yang lebih besar untuk kebolehan peranti lebih baik. Kemudian, sistem kamera utama pula terdiri dengan 64MP (utama ) + 8MP (ultra-lebar + 2MP (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah Bluetooth 5.2, WiFi 6, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dan sebagainya.

image is not available

Seterusnya adalah Red Magic 7 Pro. Ini merupakan variasi yang lebih baik dan dilengkapi sejumlah ciri tambahan menarik berbanding Red Magic 7. Peranti ini menampilkan skrin sebesar 6.8-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut menyokong sejumlah ciri tambahan seperti sokongan penuh gamut warna DCI-P3, kedalaman warna 10-bit dari rakaman dan kebolehan memantau kadar degupan jantung.

image is not available

Bergerak pada spesifikasi dalaman pula, cip Snapdragon 8 Gen1 digunakan sebagai tunjang utama peranti. Bersama-sama dengannya, ia turut dipadankan dengan memori sehingga 18GB dan storan dalaman mencapai 512GB. Dengan sokongan penambahan RAM maya, peranti turut sama boleh mencapai kapasiti sehingga 24GB RAM secara keseluruhannya.

Sistem kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Kemudian, kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP dan apa yang menarik adalah ia terbina di bawah skrin. Lain-lain spesifikasi adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 135W, menjalankan antara muka RedMagic 5.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya.

image is not available

image is not available

Untuk harga, Red Magic 7 dijual pada harga bermula RMB3,899 (~RM2,576), sementara itu Red Magic 7 Pro pula berharga bermula RMB4799 (~RM3,170). Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan untuk kedua-dua model seperti Dark Knight dan Cyber Neon. Dalam pada itu, terdapat juga model dengan kemasan Transparent Edition yang ditawarkan bersama-sama dengannya.