Keluarga Pelik Murid Tak Mahu Ke Sekolah Sejak Januari, Rupanya Jadi Mangsa Amang Seksual Guru

18 Feb 2022 • 10:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kerana keengganan seorang murid untuk ke sekolah sejak Januari lalu, perbuatan terkutuk salah seorang guru di sebuah sekolah di Putrajaya akhirnya terbongkar.

Murid lelaki berusia 10 tahun itu dilaporkan tidak mahu ke sekolah sehingga membuatkan keluarganya mengesyaki sesuatu.

Menurut sumber, selepas dipujuk oleh keluarga akhirnya dia membuka mulut dan memberitahu telah menjadi mangsa amang seksual guru sejak tahun lalu.

image is not available

Gambar sekadar hiasan

Ahli keluarganya yang tidak berpuas hati kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah kelmarin.”

Hasil pertemuan tersebut, keluarga murid itu telah pun tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Setakat artikel ini ditulis, suspek masih belum ditahan dan kes kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

"Manalah Tahu, Saya Belum Kahwin Lagi" - Guru Sains Dedah Cara Pelajar 'Form' 1 Jawab Soalan 'Exam'