Bekas CEO didakwa beri kontrak RM2.5j kepada syarikat sendiri

5 Feb 2022 • 12:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Rasuah Khas di sini, Jumaat, atas dua tuduhan menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan kontrak berjumlah RM2,589,079.32 kepada sebuah syarikat dimiliki sebahagian olehnya.

Sulaiman Mohd Noor, 54, yang hadir di hadapan Hakim Abu Bakar Manat mengaku tidak bersalah kepada setiap tuduhan yang dibuat terhadapnya.