West Ham United berdepan tekanan sisihkan Zouma

Football
12 Feb 2022 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI West Ham United, David Moyes sekali lagi menjadi tumpuan menjelang lawatan The Hammers ke Stadium King Power bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menentang Leicester City pada Isnin, berikutan tular pemain pertahanannya, Kurt Zouma mendera kucingnya.

Moyes sebelum ini menurunkan pemain pertahanan Perancis itu ketika kelab London tersebut melakar kemenangan 1-0 ke atas Watford pada Rabu, beberapa jam pemain berusia 27 tahun tersebut melakukan perbuatan tidak bertamadun tersebut sehingga mendapat kritikan hebat.

"Zouma sepatutnya digugurkan. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan untuk memainkannya malam tadi. Itu hanya satu kesilapan," kata Ketua Parti Buruh, Keir Starmer.

Untuk rekod, lebih 300,000 orang menandatangani petisyen dalam talian menggesa Zouma didakwa ketika desakan semakin meningkat di negara yang terkenal dengan keprihatinan terhadap haiwan tersebut.

Penaja Zouma, Adidas Giant Sportswear sebelum ini juga memutuskan kerjasama dengan pemain Perancis tersebut selepas tular satu rakaman video perbuatannya itu.

Dalam pada itu, organisasi kebajikan haiwan, Persatuan Diraja Untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) menyifatkan video itu sebagai sangat menjengkelkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved