Iklan Lembaga Koko Tampil Profesor Koko, BoBoiBoy Raih Lebih 1.5 Juta Tontonan

18 Feb 2022 • 11:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkapan layar video YouTube Monsta

Iklan video Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama-sama Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk mempromosikan koko dari Malaysia berjaya meraih lebih 1.5 juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube Monsta tiga minggu lepas.

Menurut Animonsta Studios (Monsta) dalam satu kenyataan, iklan itu menampilkan ikon terkini LKM, Profesor Koko dan watak animasi popular, BoBoiBoy.

Iklan itu hasil kerjasama dengan agensi pemasaran dan pengedarannya, Madmonsta, katanya.

“Monsta berharap kerjasama dengan LKM ini akan memberi impak positif terhadap persepsi orang ramai kepada industri koko negara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.

Syarikat itu juga berharap kerjasama itu secara tidak langsung akan memaklumkan penonton dari seluruh dunia tentang kualiti tinggi dan gred koko yang dihasilkan di Malaysia.

Semasa menjelaskan kaitan antara koko dan BoBoiBoy, Pengarah Madmonsta Faiz Zainal Aabidin berkata koko adalah elemen penting dalam episod awal animasi itu kerana ia digambarkan sebagai sumber penting tenaga yang dicari walaupun oleh makhluk dari angkasa lepas seperti watak Adu Du.

“Melalui penceritaan dalam dunia fantasinya, BoBoiBoy sebenarnya telah berjaya menaikkan imej koko sebagai satu daripada komoditi utama negara di peringkat dunia dengan menembusi pasaran lebih 70 negara,” katanya dalam kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved