(Video) Ibu Tunggal Sedih Hadap ‘Jiran Puaka’, 3 Kali Jabatan Agama Dapat Report Kononnya Berkhalwat

17 Feb 2022 • 4:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jiran

Stigma mengenai status ‘janda’ ataupun ibu tunggal sering dipandang rendah sememangnya tidak berubah sejak dahulu lagi.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita bernama Mira kerana dia mendakwa dirinya sering dihina dan dituduh bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya yang berlokasi di Tangga Batu, Melaka.

Mira yang menetap bersama lima orang anaknya itu ada berkongsi video 9 saat yang dimuat naik di akaun media sosialnya yang memaparkan dia telah diserbu Jabatan Agama Islam pada jam 12.30 malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat oleh jiran tetangga.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya menganggap tindakan jiran tetangga yang membuat aduan tanpa usul periksa itu adalah sangat kurang ajar.

Saman malu dan saman fitnah ja..kurang ajar buat orang amcam tu. Tak tau hormat hak orang langsung. – Saran seorang netizen.

Malah ada yang menyarankan Mira untuk mengambil tindakan terhadap ‘jiran puaka’ kerana tidak menghormati hak dan privasi orang lain.

Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni. – netizen

Ujar mira, ini merupakan kali ketiga dia mengalami perkara yang sama angkara jiran-jiran yang tidak senang duduk dengan keluarganya.

image is not available

Dia juga meluahkan rasa kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang menceroboh kediaman dan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.

Wanita berusia 40 tahun itu juga mengakui jiran tetangganya sering mencari pasal malah pernah menerima kompaun RM1,000 daripada pihak berkuasa kerana diziarahi adik beradik ketika hari raya pada musim PKP. Kata Mira, dia dan anak-anaknya hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka menganggu dan mengacau hidup mereka.

Bertabahlah kak Mira, semoga dengan segala kesusahan ini Allah akan kembalikan dengan kesenangan kelak.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved