Craob X Ialah Komputer Riba Nirpalam Pertama Dunia

TechnologyDigital
1 Feb 2022 • 7:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dunia semakin moden dan dapat dilihat peranti pintar terkini sedikit demi sedikit tidak lagi dilengkapi bicu audio, pembaca kad, USB-A dan HDMI. Oleh itu tidak mengejutkan apabila komputer riba pertama tanpa sebarang palam akhirnya dihasilkan tahun ini.

image is not available

Craob X ialah sebuah komputer riba ultrabook yang hanya setebal 7mm. Bagi mencapai tahap nipis yang melampau ini, Craob X tidak dilengkapi sebarang palam. Sebaliknya ia dicas menggunakan pengecas bermagnet merangkap hub yang dilengkapi USB-A, USB-C Thunderbolt, bicu audio 3.5mm dan pembaca kad SD.

image is not available

Komputer riba dilengkapi skrin 13.3-inch 4K, dijana cip Intel Core i7-1280P, memori sehingga 32GB RAM LPDDR5, storan SSD 2TB of PCIe SSD dan sokongan Wi-Fi 6E. Tarikh pelancaran dan harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

image is not available