
KOTA BELUD: Dua maut manakala dua lagi, termasuk seorang bayi cedera selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Kota Belud – Kota Marudu, Kg Taun Gusi, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 12.10 pagi itu, mangsa lelaki yang memandu Proton Saga dan penumpang wanita masing-masing berusia 20-an disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.


