Tular Foto Pengguna RFID Tersangkut Di Tol Jalan Duta, Ini Penjelasan PLUS

23 Feb 2022 • 12:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dua hari lalu, tular di media sosial satu foto memperlihatkan keadaan sesak di dua lorong sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dipercayai di Plaza Tol Jalan Duta.

Mula dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @ad4msjohnston, foto berkenaan kemudian mula tular dan sohor di platform media sosial lain seperti Facebook.

Insiden tersebut mencetuskan tanda tanya di kalangan pengguna sejauh manakah keberkesanan RFID yang sebelum ini didakwa mampu melancarkan perjalanan para pengguna jalan raya.

PLUS jalankan siasatan

Ambil maklum dengan penularan foto tersebut, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kemudian telah menjalankan satu siasatan berhubung isu berkenaan.

Berlaku di sebabkan ada pengguna tidak mempunyai baki mencukupi

Hasil siasatan pihak mereka kemudiannya mendapati kejadian tersebut berpunca daripada beberapa pengguna RFID yang tidak mempunyai baki eWallet yang mencukupi sewaktu melalui laluan tol pada waktu puncak.

“Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup dan pada masa yang sama telah menambah nilai eWallet mereka secara dalam talian di lorong tol antara jam 8 pagi hingga 8.59 pagi iaitu waktu puncak.”

Kata PLUS dalam satu kenyatan rasmi.

image is not available

Sudah ambil langkah segera

PLUS dalam masa sama turut memaklumkan sudah mengambil langkah pantas dengan membantu pengguna terlibat agar tidak menghalang laluan kenderaan lain.

Tambah PLUS lagi, untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pengguna diingatkan supaya sentiasa menyemak baki eWallet dan Kad Touch ‘n Go untuk transaksi sama ada menggunakan RFID, Kad Touch n’ Go atau SmartTAG bagi kemudahan serta keselesaan perjalanan.

Aktifkan fungsi tambah nilai automatik

Malah menerusi tips perjalanan yang dikongsikan PLUS, mereka turut mencadangkan pengguna agar mengaktifkan fungsi tambah nilai eWallet secara automatik.

Dengan kaedah ini, tiada lgi masalah kekurangan baki untuk melakukan transaksi di tol.

image is not available

Baca artikel berkaitan :