Lif Tidak Berfungsi, Lelaki Syria Terperangkap 40 Minit

1 Feb 2022 • 11:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Oada Aldubs telah diselamatkan oleh APM selepas 40 minit terperangkap dalam lif di Wisma Peladang, Bukit Bintang, semalam. - Gambar ihsan APM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Syria berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih 40 minit di dalam lif dekat Wisma Peladang, Bukit Bintang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lif dinaiki mangsa, Oada Aldubs, 26, secara tiba-tiba tidak berfungsi di tingkat satu wisma terbabit.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sepasukan anggota yang kebetulan berada di Jalan Water Grenier dalam operasi pokok tumbang digegaskan ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas lebih 40 minit terperangkap dengan menggunakan tali penyelamat melalui tingkat empat wisma terbabit.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan ketika terperangkap dan berjaya diselamatkan,” katanya hari ini.

Jelasnya, mangsa kemudian dibenarkan pulang selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan. - Getaran, 1 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved