“Doakan Yang Baik-Baik..” – Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

16 Feb 2022 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan melibatkan diri dalam bidang pelaburan Forex.

Hal ini berikutan, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex telah disahkan haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba.

Pengumuman yang telah dibuat menerusi laman Facebook miliknya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata menyambut baik keputusan Zizan itu.

Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memujinya kerana memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang bersih dari unsur-unsur riba.

“Tahniah zizan… Alhamdulillah Zizan deme sanggup memilih yang halal dari yang haram…,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Sebab ia haram. Bagi tau terus terang je, Zang,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, Zizan turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik baik untuk dirinya dan mendoakan semua agar diberkati oleh Allah swt.

image is not available 6 jam lalu

"Hidup Saya Dah 'Complete'.." - Bapa Lama Hilang, Puteri Balqis Akui Lebih Bahagia Bersama Ibu