JAS diminta siasat ribuan ikan mati di Sungai Keruh

7 Feb 2022 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Jabatan Akan Sekitar (JAS) diminta untuk melakukan siasatan segera berhubung laporan ribuan ikan mati di Sungai Keruh, Kepong.

Menteri Akan Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan susulan perlu diambil JAS.

"Insya-ALLAH, laporan siasatan akan dimaklumkan nanti. Terima kasih YB Kepong, Sinar Harian dan pengadu," katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan ribuan ikan terdampar di permukaan Sungai Keruh adalah pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Punca kejadian itu tidak diketahui.

Saya telah minta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menyiasat dan mengambil tindakan susulan segera berhubung aduan kematian ribuan ikan di permukaan Sg Keroh, Kepong. pic.twitter.com/AhgDITDxQO