
Kota Kinabalu: Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) menjadi yang pertama di negara ini bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam membangunkan sukan itu berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pada Khamis.
Majlis itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Presiden mewakili Safa, manakala MSN diwakili oleh Mohd Safrussahar Yusoff bagi pihak Ketua Pengarah Dato Ahmad Shapawi Ismail.


