Sony LinkBuds Hadir Dengan Rekaan Donat Dan IPX4

TechnologyDigital
16 Feb 2022 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fon telinga nirwayar Sony LinkBuds telah dilancarkan secara rasmi dan ia mempunyai rekaan yang agak unik. Tubuh putik audio berbentuk hemisfera dengan pemandu audio 12mm yang berlubang seperti kuih donat. Kerana rekaan terbuka digunakan, tiasa sokongan pembatalan hingar ANC diberikan tetapi ciri lain yang sinonim dengan Sony ditawarkan.

image is not available

Antaranya ialah Speak to Chat yang menjeda muzik sejurus selepas pemakai bercakap. Ciri baharu Wide Area Tap pula menawarkan kawalan gestur yang lebih mudah pada putik audio kerana saiz pada sesentuh yang lebih besar. Lubang pada pemandu audio digunakan bagi membolehkan pemakai masih mendengar dunia luar ketika menikmati muzik.

TWS ini juga dilengkapi cip pemprosesan Processor V1 untuk menawarkan pengalaman audio yang lebih baik. Sungguhpun rekaannya agak aneh serta berlubang, LinkBuds masih melepasi piawaian IPX4 untuk digunakan semasa bersukan.

image is not available

Dengan sekali caj setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 5.5 jam dan sehingga 18 jam dengan bantuan pod pengecas. Putik audio dan pod pengecas diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula. Mengekalkan tema mesra alam, bungkusan Sony LinkBuds langsung tidak menggunakan bahan plastik.

image is not available

Sony LinkBuds akan ditawarkan dala warna Dark Gray dan White dengan harga jualan $180 (~RM753) sebuah.