“Tak Boleh Cakap Betul Betul Ke?” – Lelaki OKU Suka Main TikTok, Dituduh ‘Buat Buat Cacat’ Demi Video

Entertainment
8 Feb 2022 • 11:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Statusnya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menghalang Zaid Harithah Jamil untuk membuat content di media sosial.

Menurut mStar, Zaid gemar merakam dan memuat naik video perkongsian tentang topik berkaitan agama di TikTok.

Meskipun begitu, dia yang menghidap penyakit saraf cerebral palsy sejak bayi pernah dituduh ‘buat buat cacat’ oleh penonton.

Abang, tak baik buat-buat cacat.”

Kata Zaid, dia sedih apabila menerima komen negatif sebegitu yang mendakwa dirinya hanya berlakon menjadi cacat demi meraih tontonan.

@zaidharithahcp

Reply to @misschamber kenapa komen buat buat2 bodoh dik?#zaidharithah

? Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Saya sedih, tapi ramai yang komen negatif tu adalah budak-budak. Ada juga yang buat macam tu menggunakan akaun palsu, jadi saya abaikan.”

Meskipun ada yang komen negatif dan berbaur sindiran atau mengejek, ramai lagi yang memberikannya sokongan.

Menurutnya, dia suka bergurau dengan followers ketika membuat video atau sesi live.

Zaid yang gemar berkongsi maklumat dan menghiburkan orang menerusi video berkata dia mahu membuktikan bahawa insan OKU juga boleh menghasilkan content.

Pada masa sama, saya mahu lebih ramai OKU mempunyai keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.”

 

Sekadar info, Zaid kini mempunyai lebih 78,000 pengikut di platform TikTok dan banyak berkongsi tentang kisah para nabi serta topik-topik lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

Sering Pakai Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Se*ksual Pengguna TikTok

View Original Article