Filem 'Peak Of Heaven' Ingatkan Rakyat Malaysia Semangat 'Malaysia Boleh'

18 Feb 2022 • 11:53 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Seri Ti Lian Ker (empat dari kanan) bergambar bersama pendaki gunung Everest 1997.

Penghasilan filem bertajuk Peak of Heaven mengenai Ekspedisi Gunung Everest 1997 bagi mengenang jasa sekumpulan pendaki yang telah mengharumkan nama negara, adalah perlu bagi mengingatkan kembali rakyat Malaysia mengenai semangat 'Malaysia Boleh'.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, filem itu juga adalah salah satu contoh terbaik bagi menunjukkan semangat Keluarga Malaysia yang terpahat dalam diri 10 pendaki Gunung Everest pada ekspedisi itu 25 tahun lepas. 

"Kumpulan itu melibatkan rakyat Malaysia dari seluruh negeri yang berlainan, pelbagai latar belakang, etnik dan sebagainya tetapi semangat kesamaan mereka bukan untuk mencari 'self glory' apa yang mereka mahu cuma nak mendaki untuk memacakkan Jalur Gemilang, itu menjadi matlamat mereka ketika itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang tahun ke-25 ekspedisi Gunung Everest 1997 dan melancarkan francais media The Summit-97 di sini hari ini. 

Katanya, nilai dan semangat patriotik yang ditunjukkan kumpulan ekspedisi pendakian Gunung Everest berkenaan perlu diimbau semula kerana ia melambangkan semangat Keluarga Malaysia sebenar. - Bernama

TAG: KBS, Ti Lian Ker, Everest, pendaki, Keluarga Malaysia


AAA NAM AZH


Thursday , 17 February 2022