Dakwaan Harimau Baham Manusia Di Simpang Pulai Palsu

10 Feb 2022 • 6:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Mior Faridalathrash Wahid - Gambar Bernama

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya seorang lelaki warga Bangladesh maut dibaham harimau di Simpang Pulai, di sini.

Dakwaan itu berdasarkan gambar rangka manusia yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesahkan tiada mana-mana individu dibaham harimau seperti dakwaan tersebut.

image is not available
Gambar rangka manusia yang tular didakwa dibaham harimau di Simpang Pulai, Ipoh.

“Saya baru menyemak dengan Ketua Polis Daerah Ipoh dan laporan itu palsu, perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pengguna media sosial agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan orang ramai.

Katanya, perbuatan itu juga boleh mencetuskan rasa ketakutan kepada masyarakat, terutamanya penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

“Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyiarkan maklumat palsu seperti ini.

“Ia menjadi kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved