Ciri Anti Penjejakan Iklan Apple Akan Mengakibatkan Kerugian RM42 Bilion Kepada Meta Sepanjang 2022

TechnologyDigital
3 Feb 2022 • 9:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ciri anti penjejakan iklan (ATT) diperkenalkan Apple menerusi iOS 14.5 pada April 2021. Menerusi ciri ini pengguna iPhone diberikan kuasa untuk menghalang pergerakan mereka dalam aplikasi dan Internet dijejak bagi tujuan pengiklanan. Semasa ATT diumumkan, Facebook antara syarikat yang menyuarakan penentangan dengan menuduh Apple akan membunuh peniaga kecil yang menggunakan platform pengiklanan mereka.

image is not available

Dalam panggilan kepada pelabur hari ini, CFO Meta David Wehner meramalkan ATT akan mengakibatkan kerugian sekitar $10 bilion (~RM42 bilion) kepada syarikat sepanjang 2022 kerana kesukaran untuk menjual pengiklanan. Wehner juga berkata adalah tidak adil Google diberikan layaran berbeza berbanding Beta dalam isu pengiklanan.

Menurut beliau kerana Google membayar berbilion dolar kepada Apple untuk mengekalkan Search sebagai enjin carian di peranti Apple, Apple enggan mengenakan halangan yang ketat ke atas penjejakan seperti yang dihadapi Meta. Penganalisa meramalkan Google membayar $15 bilion kepada Apple sepanjang tahun lalu bagi tujuan ini.

Sumber ZDNet